Geek Fam wakil Malaysia ke PUBG Mobile World Invitational (PMWI) East 2021

Pasukan PUBG Mobile, Geek Fam dipilih sebagai wakil negara ke kejohanan dunia PUBG Mobile iaitu PUBG Mobile World Invitational (PMWI) Timur 2021.

Pengumuman itu dibuat di laman Facebook PUBG Mobile Esports Malaysia, semalam.

Selain Geek Fam, boleh dilihat di bawah banyak lagi pasukan hebat dari serata Asia contohnya Bigetron Red Aliens, Blacklist International, Valdus Esports dan banyak lagi.

Kejohanan itu akan berlangsung pada 22 hingga 25 Julai ini bermakna Geek Fam mempunyai lebih kurang dua minggu untuk persiapan menghadapi kejohanan dunia ini.

Sebanyak AS$3 juta wang amal akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan. Justeru, kejohanan PMWI Timur kali ini menunjukkan satu kelainan dalam format dan tujuannya diadakan.

Diharapkan dengan pandemik melanda ini, wang amal itu boleh digunakan sebaiknya membantu mereka yang amat memerlukan.

Foto: Geek Fam PUBG Mobile Malaysia

RELATED NEWS

+