Genshin Impact memperoleh RM 8 billion dalam tahun pertama

MiHoYo yang menjadi antara free-to-play RPG Genshin Impact berjaya memperoleh AS$2 billion dalam tahun pertama sahaja.

Kesemua pendapatan itu adalah hanya dari versi mudah alih sahaja.

Ini tidak termasuk negara China, PC dan konsol.

China sudah menjadi antara pasaran terbesar untuk Genshin Impact bagi peranti mudah alih.

Di iOS sahaja, Genshin Impact sudah menjana AS$577 juta.

Menurut Sensor Tower, Genshin Impact menjadi permainan video terbesar di peranti mudah alih di App Store dan Google Play di bawah Honor of Kings dan PUBG Mobile.

Jika anda tidak mengira negara China, Genshin Impact menjadi permainan video mudah alih paling tinggi, malah lebih tinggi dari Pokemon Go dan Roblox.

RELATED NEWS

+