Gladiatrix Cup – Kejohanan MLBB Wanita MY/SG

Semua pemain wanita MLBB kini berpeluang untuk menjadi pemain profesional.

eGG Network bakal menganjurkan kejohanan wanita pertama Gladiatrix Cup bagi memperkasakan pemain MLBB wanita di rantau Asia Tenggara.

Gladiatrix Cup disokong oleh Moonton dan akan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM20,000.

Pembahagian Hadiah Terkumpul:

Juara: RM8,000

Kedua: RM4,000

Ketiga: RM3,000

Keempat: RM2,000

Kelima: RM1,000

Keenam: RM1,000

Ketujuh: RM500

Kelapan RM500

Dua pasukan teratas Gladiatrix Cup Malaysia dan Singapura akan bersaing dalam MLBB Women’s Invitational (MWI) 2023 yang akan berlangsung di Jakarta.

Pendaftaran adalah percuma dan dibuka dari 30 November sehingga 6 Disember 2022 ini.

Anda boleh daftar sekarang dan layari laman media sosial eGG Network untuk maklumat terkini Gladiatrix Cup.

RELATED NEWS

+