Gone Home Dan Hob Percuma Di EGS Sehingga 9 April 2020

Permainan video percuma yang ditawarkan untuk minggu ini di Epic Games Store telah diumumkan: Gone Home dan Hob. Kedua-dua judul ini boleh ditebus dan dimuat turun secara percuma sehingga 9 April 2020.

Bagi anda yang lebih cenderung terhadap permainan video yang memberikan fokus kepada jalan cerita lebih daripada aksi, Gone Home ialah judul yang sesuai. Anda hanya perlu berjalan di sekitar sebuah rumah untuk menyelesaikan sebuah misteri.

Walaupun Gone Home nampak seperti sebuah permainan video seram, ia sebenarnya tidak begitu menakutkan. Judul ini mendapat banyak pujian semasa dilancarkan kerana cara penceritaannya sangat bagus sehingga membuatkan sesetengah pemain menitiskan air mata.

Hob pula sebuah permainan video aksi-pengembaraan yang dibangunkan oleh Runic Games (pembangun Torchlight II). Ia dilancarkan pada tahun 2017. Cara permainan Hob mirip seperti judul klasik The Legend of Zelda tetapi ditambah dengan elemen platforming.

Jika anda seorang pemain PC, jangan lupa untuk tebus kedua-dua judul ini. Anda hanya perlu muat turun aplikasi Epic Games Store dan daftar akaun Epic Games.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+