Ini permainan percuma di Epic Games Store minggu ini: theHunter: Call of the Wild

Seperti biasa, Epic Games Store (EGS) akan melancarkan permainan percuma yang akan ditawarkan di pelantarnya yang berada di PC. Malah, kami juga gembira apabila mendengar berita permainan baru yang boleh dimuat turun secara percuma di pelantar itu.

Oleh itu, kami akan berkongsi pengalaman bermain permainan percuma di EGS agar anda boleh membuat keputusan dengan mudah.

Permainan ini adalah permainan simulasi memburu yang sangat tenang. Ia juga menggunakan fizik penembak yang realistik ala-ala siri Battlefield, jadi ia bukan permainan menembak yang semberono tetapi ia sebuah permainan yang perlukan penelitian yang jitu seperti penentuan arah angin, arah menembak, serta lokasi memburu.

Bergerak dengan cepat atau melalui pokok tebal akan memaklumkan haiwan tentang kehadiran anda. Jika ini berlaku, perkara terbaik untuk dilakukan ialah merangkak dan bergerak perlahan-lahan.

Tetapi masalah dengan ini permainan ini adalah permainan yang sebahagian besarnya tentang mengintai haiwan secara senyap-senyap, yang bermaksud anda menghabiskan sebahagian besarnya dengan merangkak dan melintasi hutan dengan kadar yang sangat perlahan.

Ia adalah permainan yang lebih perlahan. Jika anda menakutkan haiwan, ia akan memecut pergi dan kekal dalam keadaan berjaga-jaga untuk seketika, bermakna peluang untuk menemuinya semula agak tipis.

Ini memberikan permainan rasa ketegangan yang realistik, dan menjadikannya benar-benar mencabar, tetapi ia memerlukan jumlah kesabaran yang luar biasa.

Grafik permainan ini juga salah satu yang terbaik dalam mana-mana permainan memburu pada masa ini. Anda juga tidak memerlukan PC yang gagah seperti RTX 30-series atau AMD 6000 untuk menjalankan permainan ini.

Menurut laman permainan ini, anda hanya perlukan sesuatu seperti GTX 760 untuk memainkan permainan ini dengan lancar. Bagi sesiapa yang mempunyai Nvidia GTX 1650, anda semestinya dapat memainkan permainan ini dengan lancar.

Permainan ini adalah percuma di Epic Games Store sehingga 3 Disember iaitu pada hari Jumaat ini. Oleh itu, dapatkannya sekarang selagi ia percuma, ataupun simpan di akaun EGS anda jika anda bercadang untuk memainkannya pada suatu hari nanti.

RELATED NEWS

+