Google Play Games membolehkan anda bermain permainan mudah alih di PC

The Game Awards 2021 baru sahaja selesai semalam dan pemenang anugerah terulung iaitu Game of the Year jatuh kepada It Takes Two.

Bagi yang berminat It Takes Two ditawarkan pada harga yang lebih murah sempena The Game Awards.

Selain itu, Google Play Games akan menawarkan pemain untuk memainkan permainan mudah alih di PC pada tahun hadapan. 

Langkah ini akan membawa salah satu ekosistem permainan terbesar daripada Android ke PC Windows dan membenarkan pemain mengakses ratusan permainan Android terus ke PC mereka.

Sebelum ini, pemain di PC menggunakan emulator untuk membolehkan mereka memainkan permainan mudah alih di PC masing-masing.

Dengan pelancaran Windows 11, Microsoft menyepadukan teknologi emulasi Androidnya sendiri terus ke dalam pelantar itu, dengan Windows Insiders kini boleh menguji aplikasi dari Amazon Appstore.

Walau bagaimanapun, usaha Google untuk membawa Google Play Games ke Windows tidak bergantung pada teknologi Microsoft dan diusahakan di Google untuk sekian lama sebagai produk kendiri.

Menurut Greg Hartrell, Pengarah Produk, beliau berkata, “Pemain akan dapat mengalami permainan Google Play kegemaran mereka pada lebih banyak peranti dan bertukar dengan lancar antara telefon, tablet, Chromebook dan tidak lama lagi, PC Windows.”

Setakat ini, Google atau Microsoft belum mendedahkan bila atau bagaimana aplikasi ini akan dilancarkan.

Namun, ia berita baik bagi peminat permainan mudah alih kerana permainan kegemaran mereka akhirnya boleh dimainkan di PC.

Tetapi, kita juga perlu lihat bagaimana ia akan memberi kesan kepada e-sukan mudah alih seperti Mobile Legends: Bang Bang atau PUBG Mobile.

Diharapkan pembangun juga memberi perhatian kepada pengumuman ini agar dapat memberikan permainan yang adil bagi semua.

Sumber rujukan: The Game Awards

RELATED NEWS

+