bakal menembusi pasaran mudah alih tidak lama lagi."> bakal menembusi pasaran mudah alih tidak lama lagi." /> bakal menembusi pasaran mudah alih tidak lama lagi." />

VALORANT sedang dibangunkan untuk konsol

VALORANT adalah sebuah permainan penembak taktikal dan kompetitif 5v5 yang mirip Counter Strike Global Offensive (CSGO), dan Riot Games, pembangun permainan, bakal menembusi pasaran mudah alih tidak lama lagi.

Memandangkan ia amat terkenal, Riot Games bercadang untuk membawa VALORANT ke konsol pula.

Menurut seorang pengguna Twitter, @ValorLeaks, Riot Games sedang mencari kepakaran untuk membangun VALORANT untuk konsol seperti Xbox Series X/S dan PlayStation 4 dan 5.

Menurut laman web Riot Games, tanggungjawab Pereka Permainan Kanan untuk Konsol dinyatakan sebagai:

  • Reka dan perhalusi sistem yang menggembirakan dan memenuhi keperluan pemain untuk persaingan kompetitif,
  • Bekerjasama dengan disiplin lain untuk membina ciri yang memenuhi matlamat produk,
  • Cari peluang untuk ruang reka bentuk baharu dengan kerjasama Pengurus Produk dan Kepimpinan Reka Bentuk.
  • Cipta dan sediakan pelbagai reka bentuk dan penyelesaian yang berpotensi. Nyatakan pertukaran dan risiko antara pilihan yang berbeza.
  • Uji main permainan kami dan bantu untuk menambah baik berterusan untuk reka bentuk sedia ada dan prototaip baharu.

Walaupun ramai menyatakan kebimbangan tentang pemain konsol dan PC dalam lobi yang sama, permainan ini kebarangkalian besar akan dijalankan seperti Rainbow 6: Siege di mana konsol dan PC akan menerima kumpulan pemain tersendiri.

Malah, CSGO pernah dilancarkan di konsol Xbox One pada tahun 2012.

Sumber rujukan: Twitter, Riot Games

RELATED NEWS

+