Semasa persidangan Inside Xbox, Microsoft mengumumkan Halo: The Master Chief Collection akan dilancarkan di Steam dan Microsoft Store buat julung kali setelah menjadi game eksklusif untuk Xbox/Microsoft.
Siri Halo adalah game first-person shooter popular sehinggakan tergolong dalam senarai game terbaik sepanjang zaman. Dalam Halo: Combat Evolved dilancarkan pada 2001, pemain mengikuti perjalanan seorang askar sibernetik, Master Chief ditemani oleh AI bernama Cortana untuk merungkai misteri planet Halo pada abad ke-26.
Buat pengetahuan korang, Halo: The Master Chief Collection akan dilancarkan dengan gaya berbeza berbanding versi Xbox One. Untuk versi PC, setiap game dalam siri ini akan dikeluarkan mengikut aturan sebenar daripada mengeluarkan kesemuanya dalam satu koleksi sekaligus.
Ini bermakna Halo: Reach akan dikeluarkan terlebih dahulu sebagai prekuel meskipun dilancarkan pada 2010 dan diikuti dengan Halo: Combat Evolved (2001), Halo 2, Halo 3, Halo 3: ODST (kempen sahaja) dan Halo 4.
343 Industries menjelaskan aturan ini dibuat sedemikian adalah untuk memastikan setiap game itu dapat diketengahkan dengan menepati standard PC iaitu termasuk sokongan resolusi 4K dan monitor lebar, pengubahsuaian frame rate dan pertukaran kekunci game. Microsoft juga mengalu-alukan input daripada komuniti selepas pelancaran koleksi Halo ini.
Halo: The Master Chief Collection sudah berada di Steam dan Microsoft Store tetapi harga masih lagi tidak didedahkan. Setakat ini, tiada lagi tarikh sebenar diumumkan oleh Microsoft bila koleksi ini akan dapat dimainkan di PC.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.