Harga Langganan PlayStation Plus Bakal Naik 23% Pada 1 Ogos 2019

Berita kurang enak didengari oleh pemilik konsol PlayStation 4. 

Sony mengumumkan harga servis PlayStation Plus (PS Plus) akan dinaikkan sebanyak 23% untuk langganan 1 tahun. Berikut adalah pertukaran harga langganan PS Plus untuk semua tempoh:

  • Untuk langganan PS Plus selama 1 bulan, harga ditingkatkan ke RM29 (Harga asal: RM21)
  • Untuk langganan PS Plus selama 3 bulan, harga ditingkatkan ke RM69 (Harga asal: RM43)
  • Untuk langganan PS Plus selama 1 tahun, harga ditingkatkan ke RM159 (Harga asal: RM129)

Harga yang disenaraikan di atas ini akan mula beroperasi pada 1 Ogos 2019. Ini bermakna korang berkesempatan untuk memperbaharui langganan PS Plus dengan harga asal sebelum harga baru dikenakan.

Kepada yang memilih opsyen pembaharuan automatik (auto renewal), langganan PS Plus akan datang bakal dicaj dengan harga baru bermula pada 1 Ogos ke hadapan. Jadi, sila semak betul-betul.

PS Plus adalah servis khas untuk pemain PS4, PS3 dan PS Vita dengan menawarkan game percuma pada setiap bulan, akses permainan online, penyimpanan data save online (cloud storage) dan juga diskaun-diskaun untuk pelanggan sahaja.

Sumber: PlayStation Asia

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+