“Harga perpindahan EVOS Wann boleh sampai RM236 ribu,” – Donkey

EVOS Wann pernah menggegarkan arena Mobile Legends satu ketika dahulu apabila memenangi kejohanan dunia Mobile Legends, M1 bersama EVOS Legends.

Namun, selepas itu kerjaya Wann tidak begitu menyinar malah dia beberapa kali mengambil keputusan untuk berehat kerana beberapa faktor.

Walaupun Wann bukan lagi dalam prestasi yang baik, namun dia adalah pemain berpengalaman dan sudah lama dalam industri. Jadi faktor ini diambil kira jika Wann akan dijual kepada organisasi lain.

Streamer, Donkey mengatakan dalam satu video TikTok perihal harga perpindahan Wann.

@abinyayoga_ Evos G Ke Gpx Ladies? Wannn Dijual?🤔. #evosesports #gpx #wannn #donkey ♬ suara asli – 𝙁𝙇𝙀𝙀𝙏𝙄𝙉𝙂𝙏𝙄𝙈𝙀.

“Wann dijual dengan harga Rp800 juta (RM236,000).  Saya tawar dengan harga Rp500 juta. Seharapnya EVOS ingin melepaskannya dengan harga perpindahan sebanyak itu,” kata Donkey dalam video itu.

RELATED NEWS

+