mereka."> mereka." /> mereka." />

“Hero pool pasukan RRQ Hoshi terlalu besar, mereka mahir menggunakan banyak hero,” – Hazim

Kekalahan Todak di tangan RRQ Hoshi tempoh hari mengundang pemainnya, Deden Muhammad Nurhasan (Clayy) mengeluarkan kenyataan. Clayy berkata kesilapan Todak adalah memberikan RRQ peluang untuk menggunakan hero-hero keselesaan mereka.

Namun begitu, di dalam temubual ONE Esports kepada jurulatih pasukan Todak iaitu Hazim, dia membantah kenyataan itu dan mengaku ada juga kesilapan yang berlaku ketika fasa drafting.

“Tentang kesalahan saya di draft pick, saya kira tidak terlalu banyak. Namun, kami tahu bahawa para pemain RRQ ini memiliki banyak hero yang mereka selesa gunakan dan hero pool mereka sangat besar,” ucap jurulatih Hazim.

“Jadi itu sebab RRQ dapat hero-hero keselesaan mereka. Itu juga menjadi kesalahan kami dalam menghadapi pasukan yang memiliki banyak hero yang mereka mahir,” akhirinya.

Kenyataan yang diberikan oleh Hazim itu sangat tepat kerana kita semua tahu jika pasukan Todak sudah ban Ling, Yve dan juga Beatrix. Pasukan RRQ masih mempunyai banyak hero yang mereka mahir seperti Clint, Xavier dan juga Lancelot. 

Walau bagaimanapun, pasukan Todak harus kembali bersemangat di perlawanan seterusnya menentang pasukan Falcon Esports. Ini adalah peluang terakhir mereka. Jangan berhenti berikan sokongan anda semua kepada pasukan Malaysia!

MSC 2022 akan berlangsung hingga Ahad, mengumpulkan 12 pasukan terbaik MLBB di Asia Tenggara.

Sebanyak AS$300,000 (RM1.32 juta) menjadi rebutan pasukan-pasukan yang bertanding.

Siaran langsung boleh disaksikan di Facebook dan Youtube Mobile Legends: Bang Bang.

Sumber: ONE Esports

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+