Hidup seribu tahun dalam game eksklusif Playstation, Where the Heart Leads

Manusia sentiasa menggunakan media untuk menggambarkan dunia alternatif dan hasil-hasil kehidupan. Sama ada digambarkan seperti Back to the Future 2 atau filem It’s a Wonderful Life, kini pemain berpeluang untuk merasai semua itu di dalam sebuah permainan naratif pengembaraan, Where the Heart Leads.

Diarah oleh pengasas bersama Armature Studio, Todd Keller yang terkenal dengan hasil kerjanya sebagai ketua artis dia Metroid Prime, Where the Heart Leads ini juga dibangunkan bersama pasukan pembangun veteran all-star.

Melalui permainan ini, pemain akan disajikan dengan ribuan naratif sebagai satu watak Whit Anderson, membantunya dalam menentukan kehidupan remajanya, cinta pertama, peluang kedua dan kehidupan sebagai ibu bapa.

Pilih dan tulis semual kehidupan Whit sepenuhnya atau jejaki semula kehidupan lalu disepanjang 600,000 patah perkataan skrip. Ratusan pilihan boleh dibuat, banyak perkara yang tidak boleh dijangka di dalam laluan kehidupan WHit yang dipilih.

Musim, tahun dan pelbagai kebarangkalian yang Carthage, iaitu pekankecil di mana Whit tinggal, memberi kesan kepada mereka yang menetap di situ dan sejarah bandar itu. 

Where the Heart Leads mengelakkan pilihan binari dan hasil yang mudah untuk memberi ruang kepada pelbagai kejutan dalam penceritaannya.  

Ia kini ada di PlayStation 4 dan PlayStation 5 dengan harga US$24.99 (~RM105).

Ikuti laman rasmi Armature Studio di Twitter, Instagram dan Facebook untuk maklumat lanjut, termasuk laman rasmi permainan dan Instagram.

Artikel ini diterjemah ke dalam Bahasa Melayu. Artikel asal boleh dibaca di IGN SEA.

RELATED NEWS

+