HomeBois sasar jadi juara, mahu ke M4

Pasukan HomeBois antara pasukan yang disegani dan mempunyai ramai penyokong membanjiri Quill City Mall, Kuala Lumpur bagi menyaksikan perlawanan mereka di Liga Profesional MLBB (MPL) MY musim kesepuluh.

Penulis sempat bertanyakan beberapa soalan kepada mereka. Baca lebih lanjut di bawah:

1. Chibi menjadi MVP selalu menjadi MVP bagi banyak musim MPL dan disebabkan ini ramai yang mengganggap Chibi salah satu jungler terbaik Malaysia.
Apa pandangan Chibi sendiri tentang kebolehan diri sendiri.
– Saya hanya buat yang terbaik untuk pasukan. Bagi semua yang menggangap saya salah satu jungler terbaik Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih.

2. Sepat mengatakan dia perform pada minggu lalu dan bukan pada minggu-minggu sebelumnya.  Tapi kita boleh nampak hero signature Sepat adalah Yu Zhong. Jadi kalau pada pandangan Sepat, EXP laner mana lagi yang Sepat rasa memang nak lawan lepas menang lawan Todak minggu lalu.
– Untuk explaner yang saya ingin lawan pada minggu ini adalah Lolla dari Team Ha Haq

3. Bilakah Aul dan Makdi akan main? Mereka akan main ke tak sebenarnya? 
– Aul dan makdi tidak akan bermain pada musim ini kerana mereka sedang sibuk dan tidak ada masa untuk mengikuti latihan harian.

4. Apa yang jurulatih HomeBois boleh katakan tentang prestasi Bengg sebelum ini yang menggantikan Vins?
– Prestasi Bengg agak baik untuk minggu lepas lagi-lagi semasa berlawan dengan Todak. Ia satu perlawanan yang agak sukar dan dia berjaya untuk mengawal mental dan emosi di perlawanan itu. Selain itu Bengg juga perlu usaha lebih keras lagi untuk menjadi yang terbaik.

5. Apakah sasaran HomeBois?
– Sasaran kami untuk menjadi juara sekali gus mewakili malaysia dalam kejohanan dunia, M4.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

HomeBois kini di tangga kedua kumpulan B selepas berjaya memenangi perlawanan ke atas Todak minggu lalu dengan skor 2-1.

Jika momentum ini berterusan, mereka mampu untuk ke playoffs dan bermula dari upper bracket.

Foto: HomeBois

RELATED NEWS

+