Arab Saudi kini miliki 5% dari keseluruhan Nintendo

Arab Saudi kini banyak menempatkan pelaburan mereka ke permainan video.

Kali ini mereka menggunakan dana kerajaan untuk membeli 5.01 peratus saham di Nintendo.

Berita ini diumumkan oleh Menteri Kewangan Jepun seperti dilaporkan oleh Bloomberg.

Pelaburan ini sama seperti tahun lepas selepas Capcom, EA, Take Two dan Activision.

Malah untuk SNK pula, kerajaan Arab Saudi hampir mempunyai pemilikan penuh.

Menurut Bloomberg, Public Investment Fund Arab Saudi adalah pelabur kelima terbesar untuk Nintendo.

Bukan industri permainan sahaja yang dilabur malah, Arab Saudi juga melabur ke Holywood dan juga pasukan bola sepak Newcastle.

Rujukan: Bloomberg

RELATED NEWS

+