Ini Adalah 4 Rancangan Netflix Yang Korang Patut Tengok

Duduk bujang, tak ada TV dekat rumah, tengok filem dan siri televisyen dekat laptop lah jawabnya. Dekat mana lagi kalau bukan Netflix kan?

Netflix tahun ini mempunyai beberapa rancangan original yang best gila dan sangat binge-worthy! Tapi nak cari cerita-cerita best ni macam jenuh juga sebab banyak kan, jadi di sini penulis senaraikan empat yang menarik.

Disclaimer: Ini adalah pilihan dan pendapat peribadi penulis pada setiap rancangan yang disenaraikan.

1. The Rain

Kalau selalu selera korang layan rancangan dari Amerika Syarikat je, ini masanya untuk korang cuba layan satu ni daripada Denmark pula. Menggunakan tema pasca-apokalips, The Rain sangat menyentuh jiwa. Ia memaparkan barisan pelakon yang muda dan akan berbuat apa saja untuk hidup dalam dunia yang dah dirosakkan oleh hujan asid.

KENAPA BEST: Korang akan saksikan macam mana seorang kakak sanggup melindungi adiknya. Walaupun ia ada suntikan elemen romantik yang agak cheesy, korang akan cepat fall-in-love selepas dua episod pertama. Yang paling menarik, ada plot twist yang buat korang fikir yang jahat tu sebenarnya ada konflik tersendiri. Bukan betul-betul jahat! 

Dalam dunia yang betul-betul penuh pancaroba dan setiap titisan hujan membunuh, saksikan pelakon utama ini berjuang untuk hidup dan mencari makna dalam kehidupan yang singkat. 

2. Lucifer

Lucifer Morningstar adalah The Devil dan dah bosan kerana terpaksa duduk di Hell, jadi dia mencari kehidupan baru di City of Angels iaitu Los Angeles. Kehidupannya sebagai kaki perempuan, peminum arak dan pemilik kelab Lux akhirnya berubah selepas bertemu Detektif di LAPD, Chloe Decker.

KENAPA BEST: Korang akan saksikan plot penceritaan ala-ala CSI tapi yang lebih drama dan ada elemen makhluk ghaib seperti angels dan takdir. Bagi penulis, rancangan ini sebenarnya menceritakan bagaimana setiap kesalahan sebenarnya dari kita sendiri sebagai manusia yang buat silap. Jadi korang akan teroka banyak nilai moral, tanggungjawab, beratnya keputusan dan cinta.

Kalau korang jenis sukakan cheesy romantic punya stail, cerita ini sesuai sangat. Hubungan Lucifer dan Chloe terjalin bukan setakat sebagai rakan kerja tapi lebih dari itu. Korang juga akan saksikan macam mana kedua-duanya berkorban antara satu sama lain. Lucifer baru saja dibatalkan oleh Fox tapi diambil alih untuk musim keempat oleh Netflix.

3. Lost in Space

Rancangan ini tak terlalu heavy sci-fi tapi sebaliknya mengutamakan tema kekeluargaan. Mengisahkan keluarga Robinson yang dipilih untuk memulakan hidup baru di angkasa lepas namun terkandas di satu planet yang disangka tak didiami. Kehidupan keluarga ini berubah apabila mereka bertemu robot alien yang mengubah segalanya.

KENAPA BEST: Lost in Space meneroka permasalahan dalam keluarga dan betapa pentingnya individu ini dalam hidup kita. Walaupun ia disasarkan untuk semua peringkat umur, penulis percaya korang yang dah berkeluarga mungkin akan layan cerita ni sebab plot dia boleh tahan best. Cumanya, antagonis dalam musim pertama ini agak bland. Haaa bab tu je yang kurang best!

4. Marvel’s Daredevil

Daredevil adalah siri rancangan yang biasa dilihat yang mana seorang adiwira menjayakan dua watak – Matt Murdock adalah peguam pada siang hari dan pembanteras jenayah pada malam hari. Disebabkan kemalangan yang menyebabkannya buta ketika kanak-kanak, dia ada kebolehan deria luar biasa untuk melawan penjenayah apabila matahari terbenam.

KENAPA BEST: Siri ini memfokuskan bagaimana keadilan dilaksanakan dengan konflik yang menyelebungi Matt. Walaupun dia peguam, tapi alter-egonya membuatkan dirinya tak pentingkan sesetengah undang-undang dan nak tegakkan keadilan dengan sendiri. Saksikan bagaimana crime-thriller ini bawa korang untuk faham lebih lanjut tentang undang-undang dan proses mahkamah.

Setakat ini Daredevil dibatalkan oleh Netflix tapi penulis rasa tetap berbaloi untuk korang usha siri ini.

RELATED NEWS

+