“Ini adalah pencapaian paling indah dalam karier saya,” – Luqman Haziq

Atlet e-sukan FIFA Online 4, Muhammad Luqman Haziq Hajiman, 25, menyatakan bahawa kemenangan baru-baru ini adalah pencapaian paling indah dalam kerjayanya selepas berjaya menyumbang pingat gangsa buat Malaysia di kejohanan Sukan SEA Hanoi, Vietnam 2021.

Menerusi sebuah hantarannya di akaun Facebook, dia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada FAM Malaysia kerana sudah memberi kepercayaan kepadanya.

“Terima kasih saya ucapkan kepada FAM Malaysia kerana percaya kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada pasukan eRimau untuk sukan SEA ini.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Syed Yazid dan Fariz yang juga pengurus kami, kami merasakan sangat selesa sepanjang seminggu kami berkampung di Vietnam,” tulisnya.

Luqman juga mengatakan bahawa pihak pengajur sangat baik di dalam menguruskan para pemain.

“Terima kasih Vietnam kerana menjadi tuan rumah yang sangat baik dan untuk layanan yang mesra. Semoga kami dapat membalas jasa anda suatu hari nanti!,” tulisnya.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada keluarganya, rakan-rakannya, dan juga para penyokongnya yang sentiasa menyokong dan mempercayai dirinya.

Tahniah sekali lagi diucapkan untuk Luqman dan pasukan eRimau kerana sudah menyumbang pingat gangsa untuk negara Malaysia!

Foto: Facebook Luqman

RELATED NEWS

+