Ini Adalah Prototaip Alat Kawalan Xbox Untuk Peranti Pintar

Mempunyai alat kawalan di peranti pintar dan tablet mesti best sebab lagi senang kita nak main game tu. 

Microsoft nampak potensi pada pasaran sebegini jadi sebab itulah mereka cuba mencipta prototaip alat kawalan Xbox untuk peranti pintar. Seperti yang kita lihat imej di bawah, ia dipasang di sisi sama seperti Joycon di Nintendo Switch.

Microsoft juga dikatakan sudah bereksperimentasi dengan pelbagai aturan genggaman untuk menjadikan ia lebih baik dan tidak berat dipegang. 

Mengikut gambar di atas, mereka mencipta tiga jenis pemegang mengikut jenis dan saiz peranti digunakan (telefon pintar, tablet dan sebagainya). Selain itu, pengguna juga boleh guna terus alat kawalan ini tanpa pemegang.

Lebih mudah, ia boleh disambungkan kepada dok pengecasan. 

Bagaimanapun, ini semua hanya prototaip dan kita tidak tahu jika alat kawalan ini akan berada di pasaran ataupun tidak. Tapi memandangkan peranti pintar sangat popular di Asia Tenggara, mungkin mereka akan mempertimbangkan untuk melancarkannya di pasaran di rantau ini.

Sumber: TheVerge

RELATED NEWS

+