Ini harga produk IKEA x ROG di Malaysia, bermula pada RM29

Menjelang pelancaran koleksi pada 11 November, IKEA mendedahkan senarai produk IKEA Gaming yang akan tersedia di Malaysia. Produk ini hasil kerjasama IKEA dengan ASUS Republic of Gamers (ROG), lebih daripada 30 daripada produk itu disenaraikan di laman web IKEA Malaysia.

Rakan kita di Lowyat.net sudah mengambil masa untuk menyenaraikan produk-produk serta harga-harga mereka.

Meja Utespelare dan kerusi Matchspel

Ini lah harga produk kolaborasi IKEA x ROG:

Meja

  • Meja Utespelare gaming desk: RM499
  • Meja Fredde 140x74x73 : RM799
  • Meja Fredde 185x74x146 : RM999
  • Meja Uppspel 140×80 cm gaming desk: RM2,299
  • Meja Uppspel 180x80cm gaming desk: RM2,499

Kerusi

  • Kerusi Huvudspelare : RM299
  • Kerusi Utespelare gaming chair: RM499
  • Kerusi Matchspel : RM699

Aksesori

  • Pad tetikus Lånespelare 36×44 cm : RM29
  • Bantal leher Lånespelare : RM29
  • Mug bersama tudung dan straw Lånespelare : RM30
  • Pemegang mug Lånespelare : RM49
  • Bungee tetikus Lånespelare : RM49
  • Papan peg Uppspel : RM49
  • Pendiri PC Uppspel : RM79
  • Kombo mug & pemegang mug Lånespelare : RM79
  • Pad tetikus Lånespelare 90x40cm : RM79
  • Pemegang fon kepala Lånespelare : RM79
  • Pemegang aksesori Lånespelare : RM99
  • Bantal/selimut pelbagai fungsi Lånespelare : RM99
  • Lampu bulat serta pemegang telefon Lånespelare : RM159
  • Kabinet kaca Uppspel 76×56 cm : RM299
  • Laci Uppspel 40×58 cm : RM499

Kombo

  • Meja dan kerusi Utespelare : RM998
  • Meja Utespelare gaming desk + kerusi Matchspel : RM1,198
  • Meja Utespelare gaming desk + laci Helmer + kerusi Matchspel : RM1,337
  • Meja Fredde gaming desk + kerusi Matchspel : RM1,698
  • Meja Uppspel 140×80 cm + kerusi Matchspel : RM 2,998
  • Meja Uppspel 180×80 cm + kerusi Matchspel : RM 3,198
  • Meja dan laci Uppspel 140×80 + kerusi Matchspel : RM3,497
  • Meja dan laci Uppspel 180×80 cm + kerusi Matchspel : RM3,697

IKEA juga menyatakan bahawa setiap pelanggan hanya boleh mendapatkan sehingga dua unit perabot kolaborasi serta tiga unit aksesori permainan dalam satu pembelian jika mereka memutuskan untuk mendapatkan produk IKEA Gaming terus di cawangan IKEA Malaysia pada 11 hingga 13 November.

Papan peg Uppspel serta kerusi Huvudspelare

Anda juga boleh memilih untuk membelinya melalui laman web IKEA Malaysia bermula dari 14 November dan seterusnya. Menurut syarikat itu, hanya barisan produk Uppspel yang direka secara langsung oleh IKEA dan ASUS ROG manakala yang lain adalah berdasarkan apa yang IKEA pelajari daripada kerjasama itu.

Sumber rujukan: Lowyat.net

RELATED NEWS

+