Studio permainan video The Day Before tutup beberapa hari selepas lancarkan Early Access

Studio disebalik The Day Before, Fntastic mengumumkan penutupan operasi mereka.

Penutupan ini dibuat hanya beberapa hari selepas melancarkan akses awal untuk The Day Before.

“Hari ini, kmai mengumumkan penutupan Fntastic Studio,” melalui kenyataan mereka di X.

“Dukacita dimaklumkan, The Day Before gagal dari segi kewangan dan kami tidak mempunyai dana lagi untuk meneruskannya. Kesemua duit yang kami terima digunakan untuk membayar hutang rakan kongsi syarikat,”

Ramai orang berang atas keputusan yang dibuat ini kerana terdapat ramai individu sudah membeli permainan itu yang beharga AS$39 (RM180).

Beberapa pemain juga memohon kembali wang selepas kejadian ini berlaku.

Lebih merunsingkan, penutupan ini berlaku beberapa hari selepas laman Steam dilanda tsunami ulasan negatif mengenai The Day Before.

Ramai juga merasakan seperti ditipu oleh studio itu.

The Day Before sebagai permainan mempunyai pepijat yang sangat banyak dan masalah server serta terdapat juga beberapa aduan permainan itu tidak sama seperti apa yang dijanjikan.

Permainan ini dilabel sebagai MMO Dunia Terbuka tetapi hanyalah extraction shooter.

Pembinaan permainan ini juga tidaklah seindah disangka apabila terdapat banyak penangguhan, tuduhan peniruan dan malah masalah trademark.

Komuniti terus mengatakan permainan ini adalah penipuan semata-mata.

RELATED NEWS

+