Ini segala yang anda perlu tahu tentang Wild Rift Champions SEA 2022

Kejohanan Wild Rift Champions SEA (WCS) 2022 adalah kejohanan yang melibatkan beberapa rantau di Asia Tenggara dan akan menjadi asas untuk struktur persaingan e-sukan global Wild Rift, membawa rasa dan gaya unik mereka sendiri kepada sukan ini.

Ini maklumat yang anda perlu tahu tentang kejohanan berprestij Wild Rift Asia Tenggara!

Format

Setiap pasukan akan terdiri daripada enam pemain, dan pasukan-pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga pemain residen sub-region dan tidak lebih daripada dua pemain import.

Kelayakan terbuka WCS akan dijalankan dalam format Swiss Bracket.

Setiap pasukan akan bermain tujuh pusingan perlawanan Best of 3, dan pasukan akan tersingkir jika mereka mengumpul tiga kekalahan.

Lapan pasukan teratas dari kelayakan terbuka akan mara ke peringkat kalah mati, di mana mereka akan bersaing dalam Double Elimination Bracket untuk melayakkan diri ke Regular Season.

Regular Season akan bermula pada 25 Februari dan akan berlangsung selama lima minggu sehingga 27 Mac dalam format double round-robin. Lapan pasukan yang terdiri daripada pasukan jemputan dan pasukan yang layak akan bermain dua kali menentang setiap pasukan lain perlawanan Best of 3.

Akhir sekali, enam pasukan teratas Regular Season kemudiannya akan mara ke Playoff WCS yang berlangsung dari 1 April hingga 10 April.

Rantau

WCS akan melibatkan 6 rantau Asia Tenggara seperti di bawah:

  • Hong Kong & Taiwan
  • Malaysia & Singapura
  • Indonesia
  • Filipina
  • Thailand
  • Vietnam

Pasukan

Beberapa pasukan yang tersenarai adalah dijemput, manakala pasukan-pasukan lain akan bermain di pusingan kalah mati. Pasukan tersenarai dibawah akan bermain pusingan kalah mati bermula pada 4 Februari.

Enam pasukan teratas dari pusingan kalah mati akan maju ke Regular Season bersama 2 pasukan jemputan itu.

Hong Kong & Taiwan

  • ONE Team (dijemput)
  • Flash Wolves (dijemput)
  • TQQ
  • QWQ
  • MESPORTS
  • WGT
  • Looking For Daddy
  • JAM

Malaysia & Singapura

  • Geek Fam (dijemput)
  • SEM9 (dijemput)
  • Dear Monsters 
  • Monstax
  • Upcar Esports
  • EBLZ
  • Reach The Peak
  • Zealous Avengers
  • Todak
  • Team Watermelon

Indonesia

  • MBR Esports (dijemput)
  • BOOM Esports (dijemput)
  • ECHO FORTIUS
  • SDGR
  • Papa Gaming
  • DRAKE
  • DG Esports
  • Pasopati Esport
  • Cursed Moon
  • TEAM MORTAL

Filipina

  • Team Secret (dijemput)
  • FENNEL Adversity (dijemput)
  • TBD
  • TBD
  • TBD
  • TBD
  • TBD
  • TBD
  • TBD
  • TBD

Thailand

  • Buriram United Esports (dijemput)
  • EVOS Esports TH (dijemput)
  • Masterpiece
  • Invate Esports
  • RUGPULL ESPORT
  • Lynxeno
  • Arctic Fox
  • Alchemy
  • Oxygen
  • Open MID

Vietnam

  • Team Flash
  • SBTC Esports
  • CERBERUS Esports
  • Saigon Phantom
  • MDH Esports
  • TBD
  • TBD
  • TBD
  • TBD 
  • TBD

Wild Rift Icons Global Championship

Kejohanan Wild Rift Icons akan menjadi tahap permainan kompetitif tertinggi dan akan menobatkan juara dunia Wild Rift yang pertama.

Wild Rift Icons akan menampilkan 24 pasukan, 8 layak terus dari kejohanan rantau, dan 16 pasukan melalui peringkat play-in. Selepas peringkat play-in, acara utama akan merangkumi peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati, dengan peringkat akhir yang besar untuk menentukan juara dunia.

RELATED NEWS

+