12 pasukan kini sudah mendapat tempat mereka untuk bertanding di MSC 2023 yang berlangsung di Kemboja.
Pasukan berjaya menyertai kejohanan tahunan ini melalui MPL ataupun mana-mana pusingan kelayakan yang dibuat oleh Moonton.
Namun pada edisi kali ini, terdapat perubahan di mana tiga pasukan daripada tiga wilayah yang berbeza sudah dijemput untuk menyertai pertandingan ini.
12 pasukan yang layak ke MSC 2023 adalah:
Todak (Malaysia)
Todak menjadi satu-satunya wakil Malaysia di MSC. Kini misi Todak adalah menjadi juara serta mendapatkan semula satu lagi slot untuk Malaysia. CikuGais sudah semestinya menjadi kunci untuk pasukan ini dan pasukan lain semestinya mahu menutup CikuGais daripada bermain dengan baik.
ONIC Esports (Indonesia)
Pasukan gergasi Indonesia ini sudah semestinya mahu memecahkan dominasi pasukan Filipina dan cuba memenangi MSC. Kairi sudah semestinya menjadi pemain paling berbahaya di pasukan itu. ONIC Esports merupakan salah satu calon untuk membawa pulang piala MSC dan mereka pastinya akan cuba untuk membawa pulang piala itu ke Indonesia.
EVOS Legends (Indonesia)
Bekas Juara M1 ini akhirnya kembali ke pentas dunia di mana kali terakhir mereka bertanding adalah pada MSC 2021. Mereka tewas dengan skor 4-0 menentang ONIC Esports. Sudah semestinya mereka mahu memperbaiki semula maruah mereka di MSC. Branz akan cuba untuk menebus semula persembahannya di MSC selepas tersingkir awal di Sukan SEA 2023.
ECHO (Filipina)
Juara dunia ini sudah semestinya mahu membuktikan kepada dunia MLBB bahawa mereka masih lagi kuasa besar di MLBB. Mereka membelasah Blacklist International dengan skor 4-0. Penyandang Finals MVP MPL PH, Sanford yang merupakan salah satu Exp Laner terbaik di dunia akan memastikan ECHO akan menjadi juara di MSC.
Blacklist International (Filipina)
Walaupun melalu pertukaran barisan pemain, bekas juara dunia ini masih lagi menjadi salah satu kuasa besar di pentas MLBB. Mereka tewas 4-0 di tangan juara dunia ECHO di dua Grnad Final yang berbeza. Duo V33Wise sudah semestinya akan membawa meta UBE dan cuba untuk membalas dendam ke atas ECHO di MSC.
RSG Slate SG (Singapura)
Juara MPL SG untuk tiga kali berturut-turut ini sudah semestinya mahu membuktikan kepada dunia bahawa mereka bukan sekadar jaguh kampung di Singapura. Mereka akan diketuai oleh Diablo yang sudah berkhidmat selama dua tahun dan dengan nafas baharu yang dibawa oleh Kuja, pasukan ini sudah semestinya mahu mencapai kejuaraan.
Burn X Flash (Kemboja)
Pasukan tuan rumah sudah semestinya mahu membawa momentum yang mereka dapat daripada Sukan SEA ke MSC. Mereka yang dibarisi oleh pemain yang mewakili Sukan SEA pastinya boleh menjadi ‘pembunuh gergasi’ di pentas MSC. C Cat akan menjadi pemain paling bahaya dalam pasukan ini dengan cara permainannya di Mid Lane yang boleh menyusahkan pasukan lawan.
Fenix Esports (Myammar)
Fenix Esports mengejutkan dunia MLBB selepas menewaskan Falcon Esports yang merupakan pasukan gergasi di Myammar. Mereka membawa meta Alice Jungler yang berkesan. Ini akan menjadi debut mereka di pentas dunia dan sudah semestinya mereka akan menjadi ‘pembunuh gergasi’ di MSC.
Team Evo (Laos)
Bukan EVOS Esports tetapi Evo sahaja. Mereka merupakan pasukan yang mewakili Laos di Sukan SEA. Walaupun mereka tersingkir di peringkat kumpulan, sudah semestinya mereka mahu bangkit semula dan sekurang-kurangnya mendapat debut yang baik untuk pasukan itu. Walaupun mereka nampak seperti bukan pasukan pilihan untuk menjadi juara, namun pasukan lain perlu berwaspada dengan permainan mereka.
Team Occupy (Mesir)
Team Occupy merupakan salah satu pasukan yang dijemput oleh Moonton untuk sertai MSC. Kejohanan M4 merupakan debut pasukan yang berasal daripada Mesir ini. Mereka berjaya menewaskan Okami Esports dengan skor 4-3 dan mengekalkan tahkta mereka sebagai pasukan nombor satu di MENA. Maro dan Lio sahaja yang masih kekal daripada skuad M4 dan sudah semestinya mereka akan menjadi pencabar untuk pasukan gergasi di MSC.
Fire Flux Impunity (Turkiye)
Pasukan ini merupakan pasukan yang diwakili oleh bekas pemain Incendio Supremacy. Fire Flux Impunity mencipta kejutan di M4 selepas berjaya menghantar juara MPL MY, Team Haq pulang. Sudah semestinya, mereka merupakan antara pasukan paling terkuat di Eropah dan mereka mahu mencuba untuk mendapat pencapaian yang lebih tinggi dari sebelum ini.
Team Outplay (Amerika Utara)
Pada awalnya BTK yang mendapat slot ini, namun atas isu yang melanda mereka, naib juara NACT Spring 2023 ini akan mengambil slot pasukan itu. Mereka dibarisi oleh tiga pemain yang mempunyai pengalaman iaitu Basic, Hoon dan Shark. Mereka pastinya mahu membawa wilayah Amerika Utara dipandang di mata dunia dan sudah semestinya mahu membuktikan bahawa mereka bukannya jaguh kampung.
Pasukan manakah yang akan membuat kejutan dan berjaya mencapai kejuaraan di MSC 2023 yang akan berlangsung di Kemboja?