Inilah barisan pemain Alter Ego untuk MPL ID S9, Udil kembali

Pasukan Alter Ego kini mendedahkan barisan pemain mereka untuk MPL ID musim ke-9. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di akaun Instagram rasmi mereka.

Selepas Ahmad dan Leomurphy turun ke MDL untuk bermain bersama Alter Ego X, terdapat tiga wajah yang baru iaitu Devkoch sebagai roamer, Rexlona sebagai midlaner dan juga Amyy sebagai jungler.

Udil yang menghilang ketika musim ke-8 juga membuat kemunculan kembali di dalam musim ke-9 ini. Adakah barisan pemain ini akan memberikan keputusan yang lebih baik buat Alter Ego? Kita bakal saksikan.

Sumber: @emak_moba

Foto: Alter Ego Esports

RELATED NEWS

+