Inilah keputusan cabut undi kumpulan MSC 2022

Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC 2022) akan bermula pada 11-12 Jun ini untuk peringkat kumpulan. Dua wakil dari Malaysia iaitu pasukan Todak dan juga Orange Esports akan berentap dengan pasukan dari Asia Tenggara yang lain.

Cabutan kumpulan untuk MSC 2022 kini sudah didedahkan di Instagram rasmi Mobile Legends: Bang Bang. Nampaknya pasukan Todak akan menghadapi Falcon dari Myanmar dan juga ONIC Esports dari Indonesia di kumpulan A.

Manakala, pasukan Orange Esports akan menghadapi pasukan EVOS SG dari Singapura dan juga Impunity KH dari Kemboja di kumpulan D.

Berdasarkan cabutan kumpulan di atas, adakah pasukan Malaysia akan berjaya menewaskan pesaing mereka di kumpulan masing-masing? Kita bakal saksikan.

MSC 2022 mengumpulkan 12 pasukan dari Asia Tenggara untuk merebut wang tunai hadiah lumayan serta trofi pemenang.

RELATED NEWS

+