Kejohanan Dunia M4 adalah pertandingan kemuncak untuk semua pasukan MLBB di serata dunia. Ia bagi menentukan pasukan MLBB yang paling hebat di dunia.
Inilah senarai lengkap barisan pasukan yang akan bertanding di kejohanan ini.
MALAYSIA
Team Haq (Juara MPL MY musim ke-10)
Todak (Naib juara MPL MY musim ke-10)
INDONESIA
ONIC Esports (Juara MPL ID musim ke-10)
RRQ Hoshi (Naib juara MPL ID musim ke-10)
FILIPINA
Blacklist International (Juara MPL PH musim ke-10)
Echo (Naib juara MPL PH musim ke-10)
SINGAPURA
RSG SG (Juara MPL SG musim ke-4)
KEMBOJA
Burn X Flash (Juara MPL KH)
TIMUR TENGAH
Thrones Esports (Juara MPL MENA)
BRAZIL
RRQ Akira (Juara MPL BR musim ke-3)
MYANMAR
Falcon Esports (Juara kelayakan Myanmar)
LATAM
S11 Gaming ARG (Juara MLSL musim pertama)
Malvinas Gaming (Naib juara MLSL musim pertama)
TURKI
Incendio Supremacy (Juara Turkiye Sampionasi)
THAILAND, VIETNAM DAN LAOS
MDH Esports (Juara kelayakan Mekong)
AMERIKA UTARA
The Valley (Juara NACT musim luruh 2022)
Kejohanan Dunia M4 menyaksikan 16 pasukan terbaik MLBB dari seluruh dunia akan bertarung di antara satu sama lain bagi merebut gelaran juara dunia untuk musim keempat.
Pertandingan ini akan diadakan di Jakarta, Indonesia bermula pada 1 Januari 2023 dan berakhir pada 15 Januari 2023.
Terdahulu, pasukan Filipina meraih piala kedua mereka selepas pasukan Blacklist International menewaskan pasukan ONIC PH dengan skor 4-0 tanpa balas.