Inilah senarai lengkap pasukan untuk kejohanan PMWI 2022!

PUBG Mobile World Invitational 2022, salah satu kejohanan dunia PUBG Mobile terbesar semakin menghampiri.

Inilah 18 pasukan terbaik dari setiap negara yang akan bertarung untuk merebut gelaran juara.  

  • 4Rivals (MY/SG/PH)
  • Morph GGG (Indonesia)
  • Box Gaming (Vietnam)
  • Vampire Esports (Thailand)
  • DenizBank Wildcats (Turkey)
  • VIVO KEYD (Brazil)
  • Aton Esports (Latin America)
  • 52 Esports (Pakistan)
  • Stalwart Esports (South Asia)
  • Nigma Galaxy (Arabia)
  • Virtual Gaming Squad (Africa)
  • TJB Esports EU (Western Europe)
  • Back2Back (North America)
  • REGAN.S GAMING (China)
  • DWG KIA (South Korea)
  • DONUTS USG (Japan)
  • Team SouL (India)
  • Team Falcons (KSA)

Untuk PMWI 2022, ia akan dijalankan dalam dua format. Untuk minggu yang pertama, kejohanan utama akan berlangsung selama tiga hari pada 11 Ogos sehingga 13 Ogos. 18 pasukan akan bertarung pada tarikh itu.

Pada minggu yang kedua pula,  hanya lima pasukan teratas di PMWI akan bertarung bersama-sama dengan enam pasukan dari rantau yang berbeza dan satu pasukan yang akan menerima jemputan terus.

PMWI 2022 akan diadakan di Arab Saudi dan menawarkan hadiah utama sebanyak RM13 juta.

PUBG MOBILE World Invitational 2022 berbesar hati untuk bekerjasama tahun ini dengan Gamers8 dan ESL , salah satu organisasi dan syarikat pengeluaran e-sukan global terbesar. Sony Xperia adalah rakan kongsi telefon pintar rasmi untuk PMWI 2022.

4Rivals bakal mewakili negara Malaysia dalam kejohanan dunia ini dan kita harapkan bahawa pasukan Malaysia dapat memberikan prestasi yang cemerlang semasa kejohanan itu nanti.

Semoga berjaya 4Rivals!

RELATED NEWS

+