Inilah Senarai Permainan Video Paling Laris Dijual Di Steam Pada Tahun 2018

Valve mengumumkan senarai game yang mengaut banyak keuntungan pada tahun 2018 dan hampir separuh game dalam senarai berkenaan masih lagi dalam jualan Steam Winter Sale seperti Assassin’s Creed Odyssey (RM104.50), Monster Hunter: World (RM91.74), PUBG (RM50.24) dan banyak lagi!

Mari kita tengok kepelbagaian senarai untuk game paling laku di Steam dalam lima kategori di bawah!

Game Paling Laris Dijual – Sepanjang Tahun

Assassin’s Creed Odyssey

Walaupun Valve tidak mendedahkan kaedah pengiraan untung yang jelas, ia mengambil kira semua angka jualan game, pembelian barangan dalam game dan bersama downloadable content (DLC). 100 game tersenarai dalam kategori ini yang dibahagikan dalam tahap platinum, emas, perak dan gangsa.

Untuk tahap platinum, hanya 3 game yang dilancarkan pada tahun 2018 yang tergolong dalam tahap ini iaitu Assassin’s Creed Odyssey, Far Cry 5 dan Monster Hunter: World. Berikut adalah senarai penuh game paling laris dijual bertaraf platinum:

  • Civilization VI (dilancarkan pada 2016) 
  • Counter-Strike: Global Offensive (kini percuma dimainkan, dilancarkan pada 2012)
  • Dota 2 (dilancarkan pada 2013)
  • Rainbow Six Siege (dilancarkan pada 2015)
  • Grand Theft Auto V (dilancarkan pada 2015)
  • PlayerUnknown’s Battlegrounds (dilancarkan pada 2017)
  • Rocket League (dilancarkan pada 2015)
  • The Elder Scrolls Online (dilancarkan pada 2017)
  • Warframe (dilancarkan pada 2013)

Game Paling Laris Dijual – Pelancaran Baru 

Life is Strange 2

Untuk kategori ini, Valve membariskan game paling laris dijual yang dilancarkan pada tahun ini mengikut setiap bulan. Korang boleh lihat senarai penuh game baru 2018 di sini atau ikuti senarai penuh di bawah:

  • Januari Celeste, Dragon Ball FighterZ, Iconoclasts
  • FebruariInto the Breach, Kingdom Come Deliverance, Onmyoji
  • MacDevil May Cry HD Collection, Far Cry 5, Final Fantasy 15 Windows Edition
  • AprilBattletech, Farm Manager 2018, The Elder Scrolls: Skyrim VR
  • MeiBeat Saber, Dark Souls Remastered, Paladins
  • JunCrash Bandicoot N. Sane Trilogy, Jurassic World Evolution, Vampyr
  • JulaiThe Banner Saga 3, This is the Police, Rend
  • OgosOvercooked 2, Monster Hunter: World, PES 2019
  • SeptemberLife is Strange 2, Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age, Rise of the Tomb Raider
  • OktoberMegaman 11, Soulcalibur VI, Return of the Obra Dinn
  • NovemberHitman 2, Thronebreaker: The Witcher Tales, Artifact
  • DisemberJust Cause 4, Insurgency: Sandstorm, Atlas

Game Paling Laris Dijual – Pemain Serentak Paling Ramai

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG)

Beberapa game paling laris dijual sepanjang tahun 2018 turut berada dalam senarai ini. Inilah beberapa game yang mempunyai pemain serentak paling ramai mengikut 4 kategori iaitu lebih daripada 100,000 pemain, 50,000 pemain, 25,000 pemain dan 15,000 pemain.

  • Lebih daripada 100,000 pemainCS:GO, Dota 2, Monster Hunter: World, PUBG
  • Lebih daripada 50,000 pemain Artifact, Subnautica, Civilization VI, Stardew Valley
  • Lebih daripada 25,000 pemainWorld of Tanks Blitz, The Witcher 3: Wild Hunt, Cities Skylines, Divinity: Orignal Sin 2 
  • Lebih daripada 15,000 pemain – Sniper Elite 4, Dark Souls III, Borderlands 2, Assassin’s Creed Origins

Selain itu, dua kategori lain dalam Game Paling Laris Dijual adalah game Early Access paling laku seperti Conan Exiles, The Forest & Dead Cells serta game VR paling laris dijual sepanjang tahun 2018. Sebagai contoh, Superhot VR, Fallout VR, Beat Saber dan Job Simulator termasuk dalam game VR paling popular di Steam.

Korang masih lagi ada masa untuk dapatkan game yang berada dalam senarai ini melalui jualan Steam Winter Sale sebelum berakhir pada 4 Januari 2019!

RELATED NEWS

+