IntanSerah, pempengaruh terkenal sertai Homebois sebagai duta

Streamer yang terkenal dengan sikap bersahaja beliau, Intan Serah sudah diumumkan oleh pasukan Homebois sebagai duta mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by HomeBois (@homebois__)

Pengumuman ini dibuat di dalam perkongsian di Instagram Homebois sebentar tadi. Intanserah kini hampir mencecah 500 ribu pengikut di platform Facebook Gaming beliau.

Gadis yang berusia 22 tahun ini adalah salah seorang pemain futsal kebangsaan Malaysia sebelum ini dan mula meraih pengikut selepas beralih kerjaya sebagai seorang streamer.

Beliau kerap melakukan penstriman bermain permainan mudah alih Mobile Legends dan PUBG Mobile. Selain itu, Intan juga kuat bersukan dengan bermain basikal, futsal dan badminton.

Kemasukan Intan ke dalam pasukan Homebois sebagai duta pasti akan meningkatkan lagi populariti pasukan itu dan Intan juga akan dapat meraih pengikut baru hasil susulan kerjasama itu.

Terdahulu, pasukan Homebois membawa masuk Nyan Yan sebagai pencipta kandungan (content creator) mereka.

Foto: Homebois

RELATED NEWS

+