MPL Malaysia Musim 11 akan hadir dengan format baharu, lokasi di Stadium Juara

Liga Profesional Mobile Legends (MPL MY) akan hadir lagi kini dengan musim yang ke-11.

Musim ini uga bakal membawa arus perubahan baharu dari pasukan, format pertandingan dan tempat bertanding yang akan bermula 10 Mac ini.

Kesemua pasukan bakal berentap untuk jumlah hadiah wang terkumpul AS$100 ribu (RM443 ribu)

Format pertandingan kali ini juga akan berubah dari lapan minggu kepada enam minggu sahaja.

Ini bermakna setiap pasukan bakal berlawan dengan jumlah perlawanan lebih sedikit ketika musim pertandingan untuk meningkatkan prestasi pasukan bagi memberi mereka lebih masa untuk bersedia.

Mereka juga akan menggunakan tema RevoluXI bermaksud MPL kali ini penuh dengan perubahan baharu. Antaranya:

 

Musim Liga



10 Mac – 12 Mac (Minggu pertama) 

17 Mac – 19 Mac (Minggu kedua) 

24 Mac– 26 Mac (Minggu ketiga) 

31 Mac – 2 April (Minggu keempat) 

7 April – 9 April (Minggu kelima) 

14 April – 16 April (Minggu keenam) 

  • Kesemua 10 pasukan akan diletakkan di dalam satu kumpulan di permulaan musim.
  • Setiap apsukan akan bermain secara BO3 dengan pasukan lain dalam liga.

 

Playoffs

27 April 30 April

  • Pasukan yang mendapat tempat 4 teratas akan terus layak ke Playoffs.
  • Tempat pertama dan kedua akan diletakkan di Upper Bracket Semi Finals
  • Tempat ketiga dan keempat di Upper Bracket Quarter Finals.
  • Pasukan kelima sehingga kelapan akan bermain di Play In untuk mendapatkan dua slot terakhir di Upper Bracket Quarter Finals.

 

Pasukan-pasukan MPL Musim 11

Pasukan juara Team HAQ juga bakal kembali tahun ini bagi memepertahankan kejuaraan mereka.

Banyak pasukan kini cuba untuk membawa nafas baharu musim ini dengan perubahan dari segi barisan pemain dan persediaan.

  • Team HAQ
  • TODAK
  • Team SMG
  • RSG Slate MY
  • Red Esports
  • Team Lunatix
  • Homebois
  • Red Giants Esports
  • Madness gaming
  • Team Secret

 

Penjualan Tiket

Berita baik untuk peminat MLBB di Malaysia anda kini boleh membeli tiket untuk perlawanan pasukan kegemaran anda dengan hanya RM10 di Ticket2U.

Musim Liga akan diadakan di Stadium Juara yang kini menjadi lokasi baru MPL Malaysia dengan rakan kongsi AirAsia Super App yang juga memberi diskaun untuk terus ke stadium.

Tiket akan dijual pada hari Jumaat seminggu sebelum tarikh Playoffs.

Anda juga boleh melihat perlawanan kegemaran anda di Astro Arena, Sooka dan sudah semestinya MLBB Esports dan MPL Malaysia di Facebook, TikTok dan Youtube.

Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman rasmi MPL MY.

RELATED NEWS

+