Jangan Anggap Cyberpunk 2077 Akan Jadi Macam Grand Theft Auto, Kata CD Projekt Red

Kita semua tahu RPG Cyberpunk 2077 memang dinanti-nantikan oleh semua peminat The Witcher 3 yang ingin menyaksikan entri baru dari CD Projekt Red. Tapi adakah permainan ini akan sama seperti Grand Theft Auto?

Lead Designer, Miles Tost berkata Cyberpunk 2077 mengutamakan pengalaman RPG dengan naratif cukup berat dan bersifat dunia terbuka yang mana pemain boleh meneroka sambil menyiapkan quests. Walaupun ia open world, bukanlah bermakna ia akan sama seperti GTA. 

“Permainan kami akan ada banyak aktiviti sampingan untuk anda bermain selain main quest,”

“Sama ada ia side quests ataupun apa-apa cabaran di jalanan Night City, ia akan dicipta oleh kami dengan penuh cinta dan kasih sayang,”

Dia menambah, “Walaupun kami teruja apabila permainan ini dibandingkan dengan GTA, Cyberpunk 2077 adalah berlainan dan lebih story-driven. Tapi bukan bermakna kami halang pemain dari ‘buat onar’ ataupun nikmati keseronokan dalam permainan,”

Dari apa yang kita nampak dalam permainan, ia adalah sebuah game yang mengetengahkan pengalaman naratif yang baik.

Main story saja memerlukan masa yang lama untuk dihabiskan dan dengan aktiviti tambahan, semestinya ada pengalaman baru untuk korang teroka di Night City. Ditambah lagi dengan sistem dialog interaktif membuatkan permainan ini mempunyai penceritaan yang menarik.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+