Jangs muat naik foto hitam putih?

Tidak cukup dengan kecaman dari minggu pertama super weekend, kini Jangs harus menghadapi kecaman lagi apabila pasukan BTR gagal melayakkan diri ke peringkat super weekend kedua.

Rata-rata dari netizen yang toksik dari Indonesia memaksa Jangs untuk pulang ke Malaysia dan meninggalkan pasukan robot merah itu. Ada juga di antara mereka mengatakan kehadiran Jangs ke dalam BTR hanya untuk merosakkan prestasi barisan pemain PUBG Mobile itu.

Jangs tidak membalas kecaman itu malah beliau terus mengorak senyuman untuk mendukung BTR memenangi PMPL Indonesia musim keempat bagi melayakkan diri ke kejohanan dunia PUBG Mobile, PMGC.

Jangs ada memuat naik gambar hitam putih Bigetron sebentar tadi seolah-olah beliau ada beri petanda kurang baik seperti ingin meninggalkan pasukan ataupun hanya sekadar bercanda.

Akan tetapi, ini hanyalah spekulasi kerana belum ada kenyataan rasmi dari Jangs atau BTR tentang perkara ini. Penulis ingin mengucapkan kata-kata semangat buat Jangs.

“Jangs, anda mampu untuk melatih pasukan BTR menjadi juara, jangan pulang ke Malaysia tanpa sebarang piala.

“Buktikan kepada peminat di luar sana bahawa anda adalah seorang pelatih yang tiada tolok banding, lihat saja bagaimana pasukan Team Secret mampu ke kejohanan dunia, PMGC di kedudukan nombor ketujuh seluruh dunia, itu adalah pencapaian yang harus dibanggakan kerana tidak ramai yang mampu untuk mencapai ke tahap itu oleh kerana level PMGC adalah luar biasa sekali” 

Kuatkan semangat Jangs, mari kita memberikan kata-kata semangat kepada Jangs dan moga beliau diberikan kekuatan untuk melatih pasukan BTR dengan bersungguh-sungguh.

Dalam perkembangan sama, usaha penulis mendapatkan komen dari Jangs tidak berjaya kerana mesej belum lagi dibalas.

RELATED NEWS

+