JangS tidak lagi bersama Team Secret

Jurulatih PUBG Mobile Team Secret, Muhammad “Jangs” Farhan Abdul Gafar tidak lagi bersama organisasi itu bermula hari ini.

Dalam satu ciapan di akaun rasmi Team Secret, mereka mengumumkan jurulatih Rex, uHigh, iShotz dan Madtoi itu kini bukan lagi bersama mereka.

Sebelum ini, Farhan membantu skuad tersebut memenangi PMPL MYSG (peringkat liga dan juga final) serta mendapatkan tempat keenam di PMPL Asia Tenggara.

Di kejohanan dunia, PMGC Musim 0, Team Secret berjaya raih tempat ketujuh di bawah kendalian JangS.

RELATED NEWS

+