“Jika saya bermain di Indonesia, kemungkinan saya tidak menjadi juara dunia M2,” – Karltzy

Kairi adalah salah satu pemain Filipina yang akan mula bermain di MPL Indonesia musim ke-10. Dia berpindah dari pasukan ONIC PH ke pasukan ONIC Esports beberapa hari yang lalu bersama jurulatih Yeb.

Bekas pemain pasukan Bren Esports iaitu Karltzy turut memberikan pandangan terhadap pesaingnya itu. Dia berkata keputusan itu di tangan Kairi dan berharap agar Kairi selesa di sana.

“Saya harap dia akan selesa bermain di sana. Keputusan itu terletak di tangannya.” kata Karltzy.

Sebelum ini, pesaing pasukan ONIC PH ini juga pernah dilamar oleh ONIC Esports selepas dia berjaya mendapat tempat ketiga di dalam MPL PH musim kelima.

Namun begitu, Karltzy tidak memilih untuk ke Indonesia di atas faktor dia mahu bersama keluarga dan teman wanitanya.

“Saya berasa tidak berbaloi untuk bermain di Indonesia kerana di sini saya dapat bersama keluarga dan teman wanita. Jika saya berada di Indonesia sebelum ini, saya mungkin tidak menjadi juara Kejohanan Dunia M2.” ujarnya.

Sumber dan foto: Tiebreaker Times

 

RELATED NEWS

+