Jinx tiba di Fortnite

Sempena tayangan siri animasi Arcane, Riot Games dan Epic Games kali ini berkolaborasi melalui permainan mereka dengan membawa Jinx ke dalam permainan battle royale, Fortnite.

Ini adalah kali pertama karakter Riot Games muncul di permainan selain produk Riot!

Melalui kolaborasi ini, pemain kini boleh dapatkan skin ini di Item Shop dalam permainan dan akan mendapat barangan bertemakan Jinx iaitu, pakaian Arcane Jinx, Pow Pow Crusher Pickaxe, Jinxed Spray, Jinx’s Dream Monkey Back Bling, dua skrin memuat naik dan muzik latar lobi.

Selain itu, pihak Riot juga membawakan permainan League of Legends PC, Teamfight Tactics, Legends of Runeterra dan VALORANT ke Epic Games Store.

Arcane akan mula ditayangkan pada 6 November ini pada jam 10.00 malam ET (7 November 10.00 pagi MYT) di Netflix.

RELATED NEWS

+