Jualan Nintendo Switch Terus Positif, Dijangka Mencecah 20 Juta Unit Pada Akhir Tahun Ini

Konsol hibrid Nintendo Switch dikenali kerana fungsinya memudahkan gamers yang jenis on-the-go. Ia boleh dimainkan sebagai peranti mudah alih dan juga disambungkan di televisyen seperti PlayStation 4 dan Xbox One. 

Nintendo pernah mencatatkan angka jualan yang tinggi untuk Nintendo Switch pada tahun lalu dan kini menyasarkan jualan lebih 20 juta unit dalam tahun 2018.

Jualan ini dijangka terus meningkat kerana konsol itu sendiri yang boleh dimainkan bersama keluarga dan juga judul permainan video yang dikeluarkan eksklusif untuk konsol hibrid ini seperti Super Mario Odyssey dan The Legend of Zelda: Breath of the Wild. Kedua permainan ini pastinya terus diburu peminat yang belum lagi mendapatkan Nintendo Switch.

Dikhabarkan juga, permainan Pokemon akan turut dilancarkan di Switch pada tahun ini.

Sumber: BBC News

TAGS

RELATED NEWS

+