Jualan PlayStation 4 Akhirnya Melepasi PlayStation 3

Kita sedia maklum PlayStation 4 ada potensi untuk melepasi jualan PlayStation 3 tapi tak tau lagi bila. Sekarang, kita semua dah tahu!

Sony mengesahkan jualan bersih PlayStation 4 setakat ini berjaya melepasi 82.2 juta unit, mengalahkan jualan keseluruhan PlayStation 3 iaitu 80 unit ketika masih di pasaran. 

Ini adalah satu langkah ke depan dari 79 unit yang dijual pada April, bermakna 3.2 juta lagi dijual pada akhir musim bunga dan awal musim panas.

 

Tapi bagi pengguna PlayStation Plus, mencatatkan penurunan dari 34.2 juta kepada 33.9 juta langganan pada akhir Mac. Sony juga melaporkan 40.6 juta permainan dipasarkan sekitar April hingga Jun dan digital downloads merangkumi hampir separuh dari kesemua jaualan game iaitu sebanyak 43%.

 

 

God of War, yang keluar pada April sebenarnya membantu meningkatkan jualan. Ia terjual jutaan salinan dan membuatkan ramai peminat menanti keluaran seterusnya.

Bagi hujung tahun ini, Sony menganggarkan Spider-Man dari Insomniac Games pada 7 September akan melariskan jualan serta Red Dead Redemption 2 dari Rockstar Games dan Call of Duty: Black Ops 4 dari Activision. 

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+