Juara dunia League of Legends diberkas atas tuduhan mengedar dadah

Polis Daerah Taichung memberkas mantan juara dunia League of Legends, Curtis ‘Toyz’ Lau, pada 29 September kerana disyaki mengedar dadah.

Curtiz ‘Toyz’ Lau adalah pemain mid-laner Taipei Assassins yang menjuarai Season 2 World Championship pada tahun 2012.

Beberapa media Taiwan melaporkan bahawa Lau ditangkap oleh polis atas tuduhan menyeludup dadah jenis ganja. Polis Taichung kemudian menggeledah rumah Lau dan menjumpai sekitar 200 tablet ganja yang Lau merancang untuk mengedar di atas talian.

Pejabat Pendakwa Daerah Taichung menahan Lau atas tuduhan penyeludupan ganja Kelas 2 dan mengeluarkan waran tangkap. Ganja dikelaskan sebagai dadah haram Kelas 2 di Taiwan.

Menurut akta Taiwan Narcotics Hazard Prevention Act, memiliki dengan niat untuk mengedar narkotik Kelas 2 boleh membawa hukuman maksimum lima tahun dengan denda hingga lima juta dolar New Taiwan (RM751,843).

Pihak polis mengesyaki bahawa Lau menjual tablet ganja melalui internet selama beberapa waktu. Hal ini kerana Lau adalah hos permainan dalam talian dan YouTuber yang terkenal, Lau mempunyai pelbagai kenalan. 

Lau diuji untuk dadah dan polis sudah memohon Mahkamah Daerah Taichung agar Lau ditahan.

RELATED NEWS

+