Jumper tinggalkan Axis Esports

Selepas beberapa lama menyertai skuad Axis redONE, Izzrudin Hashim (Jumper) kini sah meninggalkan pasukan PUBG Mobile itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by AXIS ESPORTS MY (@axisesportsmy)

Sebelum ini Jumper membantu pasukan Malaysia yang dibarisi pemain Tabah NSEA meraih gangsa di acara e-sukan di temasya Sukan SEA 2021 dalam kategori PUBG Mobile berkumpulan.

Jumper memulakan perjalanannya sebagai pemain profesional dalam skuad Victorious in Play (ViP), kemudian menyertai Yoodo Gank dan Team Secret sebelum ke Axis redONE.

Pencapaian terbaiknya adalah memenangi Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) SEA 2021 bersama Team Secret.

Foto: Instagram Axis Esports MY

RELATED NEWS

+