Jurulatih Bren Esports, Duckey tidak berpuas hati dengan sistem “Backdoor” MLBB

Jurulatih Bren Esports iaitu Duckey meluahkan rasa kecewa terhadap sistem backdoor yang digunakan di Mobile Legends. Menurutnya sistem itu harus diperbaiki lagi.

Untuk makluman, sistem backdoor ini adalah pemain menyerang turret  atau crystal tanpa sebarang minion berdekatan.

“Saya tidak merasakan perkara itu tidak adil akan tetapi ia adalah satu perkara yang langsung tidak diduga. Secara peribadinya, saya rasa permainan ini harus diubah suai dengan cara yang betul dari saat ini.

“Apa yang berlaku semalam ketika menentang Echo, saya merasa sedikit geram terhadap keputusan itu akan tetapi semasa menentang Blacklist, saya rasa ianya okay.” ujarnya ketika temubual kemenangan.

Duckey merasakan apa yang dilakukan Blacklist itu adalah adil kerana mereka berlima melakukan backdoor namun apa yang dilakukan oleh tiga orang pemain Echo itu tidak adil.

“Apa yang berlaku semalam, ianya adalah push dari tiga orang pemain tanpa minion langsung, saya tidak rasa perkara itu adil.

“Saya menerima kekalahan semalam. Kalau permainan itu membenarkan sistem backdoor seperti itu jadi kami tidak ada hak untuk mempersoalkannya,” akhirinya.

Pasukan Bren Esports tewas ketika menentang pasukan Echo dengan skor 0-2 manakala mereka menang menentang Blacklist Internation dengan skor 2-1 di minggu keenam MPL PH musim ke-10.

Bren Esports adalah salah satu pasukan terbaik MLBB di seluruh dunia. Mereka membuktikan mereka adalah pasukan terbaik MLBB selepas membawa pulang gelaran juara dunia sewaktu Kejohanan Dunia M2.

Akan tetapi, mereka menghadapi saat sukar ketika MPL PH musim kesembilan dengan barisan pemain baru mereka seterusnya gagal lolos ke peringkat playoff.

Sumber: AFK Gaming

Foto: Dunia Games

RELATED NEWS

+