Nick “LS” De Cesare adalah personaliti League of Legends yang dikenali ramai dan baru-baru ini LS disukai ramai kerana banyak membuat perubahan dalam cara permainan Cloud9.
Drafting Cloud9 dikatakan unik disebabkan LS dan ramai lebih suka cara LS yang tidak sangat mengikut meta.
Namunm Cloud9 mengumumkan LS kini dilepaskan dan diganti oleh Max Waldo yang sebelum ini menjadi jurulatih pembantu.
LS has been released from Cloud9 and Max Waldo has been promoted to the LCS Head Coach position.
We would like to thank LS for his contributions to the team and wish him the best.
— Cloud9 (@Cloud9) February 20, 2022
Menurut LS, dia hanya diumumkan perkara ini empat jam sebelum perlawanan bermula untuk Cloud9 berlawan CLG dalam Liga Amerika Utara (LCS).
I was informed four hours ago of my release. So for now I’ll figure out whats next shortly. https://t.co/hib6odA6DH
— LS (@LSXYZ9) February 20, 2022
Beberapa personaliti League of Legends yang lain juga terkejut dengan keputusan Cloud9 ini.
Doublelift juga ada memberi pandangannya.
“Nampaknya pemain Cloud9 sebenarnya sangat menyukai LS tetapi, sebab memecat LS perlulah dengan sebab yang munasabah kerana jika tidak Cloud9 bakal menghadapi masalah untuk LCS musim ini,”
Ramai lagi orang lain yang terkejut dengan keputusan ini. Cloud9 juga tidak memberikan apa-apa sebab atas pemecatan ini.
LS menjadi jurulatih Cloud9 hanya dalam dua bulan sahaja.