“Kalau ada gaming house yang baik, boleh naikkan semangat pemain,” – Abang Lord

Pengasas pasukan MAB Esports, Abang Lord atau nama sebenarnya Danial Aizat Rames Abdullah, 47 menyatakan pentingnya setiap organisasi e-sukan menyediakan rumah ‘gaming’ yang selesa.

“Saya amat mementingkan keselesaan pemain kerana saya percaya kalau kita sebagai organisasi e-sukan dapat menyediakan kediaman atau fasiliti yang selesa boleh mendorong pemain memberikan persembahan yang maksima,” katanya ketika dihubungi.

Rumah ‘gaming’ MAB Esports yang baru ini memiliki keluasan 14,000 kaki persegi. Ia dilengkapi dengan tujuh bilik tidur. Setiap pemain divisi Mobile Legends dan PUBG Mobile akan sama-sama menghuni di kediaman ini.

Terdapat juga kolam renang, ruang tamu yang besar, kawasan atas bumbung yang luas, tempat bbq dan meja snuker buat para pemain MAB Esports.

Kata Abang Lord, dia mahu pemain dari kedua divisi ini bergaul dan mengenali satu sama lain. Mereka dijangka akan berpindah ke tempat baru ini tidak lama lagi.

E-sukan adalah masa depan kita

Abang Lord turut berkata bahawa e-sukan adalah masa depan kita semua.

“Setiap pemain yang sudah memasuki sesebuah organisasi e-sukan seharusnya memberikan prestasi yang terbaik.

“Organisasi e-sukan juga perlu menjaga kebajikan pemain dengan cara membayar pemain dengan gaji yang setimpal,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa seharusnya memberikan semangat dan dorongan kepada anak-anak yang mempunyai bakat di dalam bidang ini.

Malah katanya, pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan dan menganjurkan banyak kejohanan e-sukan bagi meningkatkan industri e-sukan tanah air

Foto: Instagram Abang Lord

RELATED NEWS

+