“Kami jarang dapatkan kemenangan apabila lawan Alter Ego di scrim,” – OhMyV33nus

Pasukan Filipina menjadi penanda aras untuk semua pasukan MLBB di seluruh dunia, pencapaian mereka sebagai juara dunia sebanyak 2 kali tidak boleh dipandang rendah sama sekali.

Begitu juga dengan pasukan Blacklist International, mereka adalah pasukan MLBB yang terkuat setakat ini mengikut pencapaian.

Namun begitu, OhMyV33nus menjelaskan ada juga pasukan yang mereka sukar untuk tewaskan dan berharap akan berjumpa di M4 nanti.

“Semasa peringkat liga dan sebelum peringkat kelayakan Sibol, kami scrim bersama pasukan Aura Fire dan mereka sangat kuat.

“Akan tetapi, saya tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka kerana pencapaian mereka di peringkat liga kurang memuaskan.” ujar V33nus.

“Bagi pasukan Alter Ego pula, kami sukar untuk mendapatkan kemenangan ketika scrim bersama mereka. Boleh dikatakan jarang sekali dapat menang.” akhirinya.

Walau bagaimanapun, pasukan Alter Ego sudah pulang awal selepas ditewaskan oleh pasukan Aura Fire di peringkat MPL ID musim ke-10.

Hanya tinggal pasukan Aura Fire sahaja yang masih berdiri teguh untuk menentang pasukan BTR Alpha pada hari ini di peringkat separuh akhir lower bracket.

Sumber: ONE Esports

 

 

RELATED NEWS

+