“Kami tewas 1-3 terhadap RRQ sebelum ini kerana tidak punya rehat yang cukup,” – Light

Perlawanan di antara pasukan RRQ Hoshi dan RSG PH di peringkat akhir Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022 menjadi tanda tanya oleh kebanyakan netizen.

Persoalan itu terjadi kerana sebelum ini RRQ berjaya menghantar mereka ke peringkat lower bracket akan tetapi di peringkat akhir, RRQ ditewaskan dengan skor tanpa balas.

Pemain RSG PH, Light ada menyatakan alasan ini terjadi sewaktu temubual selepas mereka menjadi juara MSC 2022. Menurut Light, mereka tidak mempunyai rehat yang cukup.

“Kami tewas terhadap RRQ Hoshi sebelum ini kerana kami tidak mempunyai rehat yang cukup. Di peringkat akhir, kami sudah mempunyai tidur yang cukup dan lihat hasilnya,” ujar Light.

Nampaknya prestasi pasukan RSG PH berubah secara mendadak selepas mereka kembali melawan RRQ Hoshi dengan skor 4-0. Adakah anda juga merasakan perkara yang sama? Nyatakan di ruangan komen.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+