Kami tewas dengan pasukan Filipina kerana mereka lebih pintar – Andrian

RRQ Hoshi tidak sempat membawa pulang piala Kejohanan Dunia M3 selepas ditewaskan oleh pasukan Blacklist International di peringkat lower bracket.

Mereka menjadi harapan untuk pasukan Indonesia selepas juara MPLI serta MPL ID musim ke-8 iaitu ONIC ID ditewaskan oleh pasukan Blacklist International.

Menurut CEO Team RRQ kepada ONE Esports, “Selepas terlepas dari menjadi juara MPL ID musim ke-8, sasaran utama kami adalah menjadi juara M3.” ujarnya.

“Tetapi kami tewas di tangan pasukan Filipina oleh kerana mereka lebih bijak. Kami tidak tewas kerana mereka lebih kuat.” tambahnya.

Adakah RRQ Hoshi bakal membawa semangat baru di MPL ID musim ke-9? Kita bakal saksikan.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+