YouTube hari ini meraikan kejayaan mereka mencapai jumlah tontonan sebanyak 1 trillion tontonan."> YouTube hari ini meraikan kejayaan mereka mencapai jumlah tontonan sebanyak 1 trillion tontonan." /> YouTube hari ini meraikan kejayaan mereka mencapai jumlah tontonan sebanyak 1 trillion tontonan." />

Kandungan Minecraft mencatat 1 trillion tontonan di YouTube

Minecraft adalah permainan yang cukup popular yang dibangunkan oleh Mojang Studio bersama YouTube hari ini meraikan kejayaan mereka mencapai jumlah tontonan sebanyak 1 trillion tontonan. 

Menurut laporan The Verge, pembikin kandungan Minecraft di YouTube adalah seramai 35,000 orang daripada 150 buah negara. 

Lydia Winters, ketua penceritaan Minecraft menyatakan faktor utama permainan itu cukup popular adalah bagaimana pemain menggunakan Minecraft untuk menyampaikan cerita masing-masing dengan gaya tersendiri.

“Sebab kenapa Minecraft sangat berjaya di YouTube kerana video-video YouTube adalah salah satu cara menyampaikan cerita,” katanya.

“Jadi jika anda mempunyai Minecraft, anda boleh menceritakan sebarang kisah yang anda mahukan di dalam dunia Minecraft, itu adalah sebab terbesar kenapa ramai yang menghasilkan kandungan Minecraft.”

Pada 2020, Minecraft pernah menewaskan Roblox dengan jumlah penonton seramai 200 billion penonton.

Sumber: The Verge.

RELATED NEWS

+