Kontroversi melanda Sambutan Tahun Baru Cina Genshin Impact

Peminat-peminat Genshin Impact kini berang dengan kemaskini 4.4 Lantern Rite.

Lantern Rite adalah acara Tahun Baru Cina yang dianjurkan setiap tahun dengan karakter 4 Bintang percuma dan Primogems.

Perkara seperti ini bukan pertama kali berlaku dan setiap tahun pemain Genshin Impact memohon untuk meningkatkan lagi ganjaran yang diberi kerana selalunya tidak memuaskan.

Ganjaran untuk acara ini tersangatlah rendah dan sikit sehingga tidak mencapai tahap yang sesuai dengan acara tahun baru ini.

Di China, beberapa pelantar kehilangan banyak pengikut terutamanya di Bilibili di mana hampir 1 juta pengikut.

Malah, ada beberapa peminat Genshin Impact juga memberi 1 Star review untuk beberapa syarikat lain.

Syarikat lain yang pernah bekerjasama dengan Genshin Impact turut mendapat rating teruk dan ramai pemain Genshin Impact keluar daripada sosial media KFC dan Pizza Hut.

Genshin Impact 4.4 drops 31 January with Xianyun, Gaming, three new skins, Lantern  Rite, Chenyu Vale, and more

Puncanya bermula apabila Genshin Impact sentiasa mendapat aduan mengatakan banyak ganjaran untuk beberapa acara sangat tidak berbaloi dan memuaskan.

Hal ini juga menjadi lebih teruk apabila Honkai: Star Rail mendapat banyak ganjaran dan mendapat karakter Lima Bintang percuma iaitu Dr. Ratio.

Honkai Star Rail Free 5-Star Character: Get Dr. Ratio for Free | Beebom

Ditambah lagi apabila beberapa ganjaran berada di sebalik pembelian PlayStation 5 untuk mendapat pilihan skin semasa acara Lantern Rite.

Pemain Genshin Impact merasakan adalah tidak berbaloi untuk membeli PlayStation 5 semata-mata untuk mendapat skin percuma.

Genshin Impact PS5 "Starter Set" comes with a Free ☆4 Outfit Selector! :  r/Genshin_Impact

Apa yang pemain Genshin Impact mahu hanya ganjaran yang lebih berbaloi kerana Genshin Impact sudah lama berada di dalam industri permainan video gacha.

Komunikasi HoyoVerse dan pemain-pemain Genshin Impact perlu dibaik pulih dan semoga HoyoVerse mencari jalan untuk memberikan ganjaran yang lebih baik untuk acara-acara yang akan datang.

RELATED NEWS

+