Kehadiran uHigh menjadikan BTR hebat? Ini jawapan Mort dan Raafi

Kehadiran uHigh di pasukan Bigetron Red Aliens sangat menyakinkan setakat ini, beliau membantu pasukan robot merah itu untuk menduduki tempat pertama di PMPL Indonesia musim keempat peringkat weekdays.

Kehebatan beliau tidak terhenti di situ, uHigh juga berjaya meraih banyak kills di super weekend pertama dan meletakkan BTR di tempat ke-3.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by BIGETRON STUFF INDONESIA (@btrstuff.id)

Sebelum memasuki PMPL Indonesia musim keempat, uHigh sempat untuk menyertai Kejohanan Oxirist musim keempat. Beliau berjaya mendapatkan gelaran “terminator” dengan mata kills sebanyak 20, mendahului Ryzen yang memiliki 16 kills.

Menurut temubual dari ONE Esports terhadap pemain dari pasukan RRQ, Mort, beliau menyatakan “Dari segi kemahiran individu, uHigh seorang yang hebat, ditambah lagi sekarang dia mempunyai rakan pasukan yang bukan calang-calang orangnya. Mereka pernah menjadi juara dunia,” jelasnya.

“Mereka hanya perlu meningkatkan keserasian sahaja setakat ini, jika keserasian ini dapat dibentuk maka PMPL kali ini mereka boleh menjadi juara. Saya semakin percaya bahawa mereka adalah overpowered. Sekarang mereka masih belum mencapai perkara itu kerana belum ada buktinya” tambah beliau.

Selain itu, Onic Raafi pula menjelaskan bahawa kemasukkan uHigh ke dalam BTr tidak akan banyak memberikan pengaruh terhadap dirinya kerana sejak azali lagi, Luxxy memang sudah overpowered.

Kenyataan beliau diungkapkan “Jika menurut saya, kemasukkan uHigh tidak terlalu berpengaruh kerana sebelum adanya uHigh, Bigetron adalah pasukan yang kuat dan selalu memberikan ancaman buat pasukan yang lain,” ujar beliau.

“Oleh kerana Bigetron akan tetap menjadi Bigetron seperti sebelum ini, kemasukkan uHigh tidak akan terlalu berpengaruh kepada saya secara peribadi,” tambah beliau.

Sumber rujukan: ONE Esports

RELATED NEWS

+