Kejohanan Dunia Call of Duty: Mobile kembali dengan prizepool RM8.24 juta

Singapura: Activision baru-baru ini mengumumkan Call of Duty: Mobile World Championship yang kini kembali.

Ia dibawakan oleh Sony dan kerjasama Garena yang mana pemain akan merebut hadiah terkumpul lebih AS$2 juta (RM8.24 juta).

Bagi kelayakan ke kejohanan dunia ini, ia akan bermula pada Julai tahun ini.

“Sambutan yang diterima sangat menggalakkan daripada pemain kami yang terus menikmati permainan ini,” kata Matt Lewis, Naib Presiden, Mobile di Activision. 

“Lanjutan daripada kejohanan tahun lalu, kami meningkatkan hadiah terkumpul untuk pertandingan dan jumlah pasukan boleh layak jadi peminat mempunyai peluang untuk tunjukkan bukti mereka ingin jadi yang terbaik,” tambahnya.

Kejohanan dunia ini akan diadakan secara berperingkat dan membuka penyertaan di seluruh dunia. 

Bagi CODM World ini juga, Xperia 1 III menjadi peranti rasmi dan menyediakan 120FPS bagi pengalaman gaming lancar kepada pengguna.

Ikuti Garena CODM di  Facebook, Instagram, dan YouTube untuk info lanjut.

RELATED NEWS

+