Kejohanan FIFA Online 3 Di Gegaria Fest Ipoh – Muhammad Aiman ‘Sekaiichi’ Muncul Juara

Mungkin ada yang kata main game tu sia-sia. Ada juga kawan-kawan yang bisikkan “Apa kau dapat main game? Bukan boleh menang pun,”. Lebih teruk lagi ada juga yang kata “Dari dulu aku tengok kau main, tak pernah pulak menang, kenapa kau still nak main?,”

Semua orang ada persepsi mereka sendiri tentang gaming. Tapi bagi Muhammad Aiman Roshizam (Sekaiichi), 23, dia bukan saja tak putus asa tapi ini juga kemenangan pertamanya dalam masa 4 tahun kariernya dalam FIFA Online 3.

Pada Sabtu lepas, Aiman bawa pulang wang tunai RM3,000 dan menjadi juara Gegaria Fest di Dataran Amanjaya, Ipoh. 

“Sebenarnya target saya tak jauh sebab saya sedar kemampuan sendiri. Alhamdulillah mungkin ini rezeki Allah nak bagi, rasa bersyukur sangat-sangat. First time merasa champion. Harap-harap ini jadi pemangkin semangat untuk join next tournament

“Saya berlatih selama 6-7 jam sehari seminggu sebelum perlawanan. Jadi saya bersyukur apabila usaha ini berhasil,”

Selain pencapaiannya, Aiman juga sebenarnya seorang pengulas yang biasa dikenali dalam komuniti FIFA 18 dan FO3. Ditanya kalau kerjaya mengulas dan bermain secara kompetitif mengganggu tumpuannya, Aiman hanya tersenyum saja.

“Sebagai seorang player/caster, saya nampak diri saya sebagai seorang yang boleh menganalisis perlawanan bola. Casting (ulas) bukan senang kerana kita perlu buat homework dulu, kaji permainan dan sejarah pasukan bertanding. Jadi sedikit sebanyak saya gunakan knowledge dalam bola sepak ketika bermain. Ia membantu,”

Kredit gambar: Facebook Sekaiichi

Aiman juga bukan seorang yang mudah putus asa kerana selama 4 tahun berkarier dalam e-sukan, dia sentiasa melihat peluang yang ada. 

“Kalau ada Liga yang berlangsung untuk beberapa bulan, memang saya akan serta sebagai pemain. Bila dah ada dekat satu tahap untuk beraksi sebagai pemain yang kompetitif, memang itu saya kejarkan. 

“Ini juga satu cabaran untuk saya. Bermain dan mengulas adalah dua perkara berbeza. Tapi sebab dah lama buat, ia boleh ditangani dengan baik,”

Aiman bersama rakan seperjuangan. Kredit gambar: Facebook Sekaiichi

Aiman juga menjadikan ampzeffilos (pemain profesional FIFA Online 3) sebagai idolanya. Kenapa? Kerana beliau bukan seorang yang mudah putus asa, tak berpuas hati kalau ada orang lagi ‘atas’ daripada dia dan ada impian untuk konsisten jadi nombor 1 di Thailand dan Asia Tenggara.

“Kalau dalam negara, saya respect Aaron ‘J0K3R’ Gomez kerana dulu kami masuk skuad Happy Green Esports. Kami bersaing untuk menjadi yang teratas tapi ternyata rezeki berpihak kepadanya jadi wakil Malaysia. Saya nak buat yang terbaik macam dia,”

Kejohanan Gegaria Fest FIFA Online 3 dengan kerjasama Garena ini turut ditaja oleh Acer Predator yang menyediakan gaming laptops kepada pemain untuk bertanding.

RELATED NEWS

+