Kemaskini Mobile Legends Patch 1.6.18 akan dilancarkan pada 21 September

Kemaskini terbaru bagi Mobile Legends: Bang Bang melalui patch 1.6.18 kini diumumkan oleh pihak Moonton melalui saluran YouTube mereka. Kemaskini terbaharu ini akan tiba buat semua pemain pada 21 September ini. 

Melalui kemaskini ini, mereka akan melakukan beberapa perubahan pada permainan seperti revamp pada beberapa hero, antaramuka permainan, beberapa perubahan pada hero lain dan selain memperkenalkan hero baru, Floryn!

Antara yang akan tiba melalui kemaskini ialah perkenalan hero baru, Floryn iaitu hero Support yang boleh menyembuhkan pasukan di mana sahaja. Hero ini akan diberikan secara percuma melalui satu acara ulangtahun ke -5 Mobile Legends: Bang Bang yang akan diadakan bermula 9 September hingga 21 September. 

Selain itu, hero-hero lama juga akan menerima beberapa revamp, seperti Odette, Lancelot, Hayabusa dan Kagura, yang akan mengubah potret hero, animasi, model dan kesan visual serta perubahan pada skill masing-masing. 

Mereka juga mengoptimumkan animasi dan visual pada beberapa skin hero-hero itu.

Moonton juga mengubah rekabentuk antaramuka utama MLBB menjadi lebih interaktif, antaramuka pemilihan hero dan slot acara  yang lebih dioptimumkan. Di samping itu, mereka juga melakukan sedikit perubahan untuk keseimbangan setiap hero, optimasi pada mod arked iaitu Magic Chess dan Brawl. 

Sempena ulangtahun Mobile Legends: Bang Bang ke-5, mereka juga akan memberikan satu skin istimewa percuma, bingkai avatar dan banyak lagi, selain hero baru, Floryn yang juga akan diberikan secara percuma. 

Nantikan kemaskini terbaru yang akan tiba di Land of Dawn pada 21 September ini. 

Sumber: GamingonPhone, Moonton

RELATED NEWS

+