Kenapa Beatrix tak digunakan langsung di minggu akhir MPL MY? Ini jawapannya

Beatrix adalah hero marksman yang sangat kuat dan kerap dipilih di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim kesepuluh. 

Tapi selepas patch baharu pada 19 September, hero ini tidak digunakan pada minggu akhir liga MPL MY.

Di MPL ID S10 juga, situasi sama berlaku apabila semua pasukan Indonesia tidak menggunakannya. Jurulatih Geek Fam ID, Ruben juga memberi penjelasan kenapa ia berlaku.

“Sebelum ini kami sempat scrim menggunakan Beatrix dan memang terasa berbeza. Biasanya kalau main Beatrix, kita boleh main agresif tapi sekarang hero ini tidak boleh miss skill. Kalau batalkan skill itu ada cooldown 50%.

“Perkara seperti ini membuatkan pemilihan Beatrix itu perlu dimanfaatkan sebaiknya. Jadi saya rasa bukan semua pasukan berani ambil risiko untuk ini,” katanya.

Difahamkan, Beatrix menerima nerf yang agak besar pada kemaskini baru-baru ini.

Sebagai contoh, Shotgun (Wesker) mempunyai keluasan hitbox lebih kecil, lifesteal lebih sedikit dan Sniper hanya boleh disasarkan selama lapan saat dan jika dibatalkan, akan ada cooldown 50%.

Banyak lagi perubahan boleh dibaca di sini.

Sumber rujukan: ONE Esports

RELATED NEWS

+